syurga dalam cintaMu ~
Wednesday 7 May 2014 @ 07:56 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum , lama tidak dengar cerita .. pejem celik pejam celik , dah bulan May ! PT3 pun tak lama lagiii !! Fuhhhhh ! dugaan Batch 99 ..lama tak update blog niee , sibukk dengan kerja khusus laa , ini laa , itu laa .. tah pape lee -" .. hari nie , nak cerita about Wangian Syurga Dalam CintaMu ~ sedapkan tajuk cerita niee ? kisahh nie , pasal cinta cinta Nabi kita semasa ingin bercinta .. haaa ~ macam tu laa .. " Cinta sejati tidak lahir dalam waktu yang sekejap. Ia bukan lahir dari paksaan. Cinta sejati berjalan dalam paduan panjang dan pancangan tiang. Cinta sejati lahir kerana kemantapan niat dan keteguhan tujuan tujuan , Cinta sejati tidak akan sirna dan pudar dalam ikatan ".. .. Ibnu Hazm al Andalusi .. " Tiada batasan cinta yang lebih jelas daripada perkataan cinta itu sendiri. Membatasinya hanya akan mengaburkan maknanya. Hakikat batasan dan penerangan cinta tidak dapat dilukiskan dengan jelas, kecuali dengan perkataan cinta itu sendiri " .. .. Ibnu Qoyyim Al Jauziyah .. " Cinta, kasih sayang, dan terpesona dengan sesuatu yang indah dan memiliki keserasian bukan perkara yang cela serta tak perlu dibuang. Tetapi cinta yang melewati batas pesona dan cinta akan menguasai akal dan menghanyutkan pemiliknya kepada perkara yang tidak sesuai dengan hikmahnya yang sebenar. Inilah yang akan mengundang cela " .. .. Imam Ibnu al Jauzi ..
Doa Cinta Sayyid Qutb ...
Ya Allah ,
Jika aku jatuh cinta
Labuhkan cintakanku pada insan yang melabuhkan
cintanya padaMu
Supaya cintaku padaMu semakin bertambah ..
Ya Muhaimin ,
Jika aku jatuh cinta
Pelihara cintaku supaya tidak melebihi cintaku
padaMu ..
Ya Allah ,
Jika aku jatuh hati
Izinkan aku menyentuh hati insan yang hatinya
tertaut padaMu ..
Ya Tuhanku ,
Jika aku jatuh hati
Peliharakan hatiku
padanya agar tidak
berpaling dariMu ..
Ya Rabbul Izzati ,
Jika aku rindu
RIndukan aku pada insan yang merindui syahid di jalanMu
Dan pelihara rinduku supaya tidak lalai dari merindui syurgaMu ..
Ya Allah ,
Jika aku sedang menikmati cinta hambaMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
munajat di seperti 3 malamMu ..
Ya Allah ,
Jika aku jatuh hati pada hambaMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan penjang menyeru manusia kepadaaMu ..
Ya Allah ,
Jika engkau halalkan aku merindui hambaMu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu ..
Ya Allah .
Engkau tahu semua hati ini
Telah berhimpun dalam cinta kepadaMu , bertemu
dalam ketaatan terhadapMu , bersatu kerana dakwah padaMu
berpadu dalam membela syariatMu
kukuhkanlah ikatannya , ya Allah
kekalkan cintanya ..
Tunjukkanlah semua jalannya
Penuhilah semua hati ini dengan cahayaMu yang
tidak pernah pudar .
Lapangkan dadaku dengan limpahan keimanan kepadaMu
Dan keindahan tawakal di jalan Mu ..
Amin
Ya Rabbal ' Alamin ...
... Sayyid Qutb ...
syukran Kasiran kerana membaca penuh dengan perasaan dan menghayati cerita dan doa cinta .. { benda baik kena share share ! yeahhhh ~ } Assalamualaikumm ^_^ - KKC - Khalid Al Walid ( Pedang Allah )
Friday 14 February 2014 @ 04:47 | 0 Comment [s]
Hye , Assalamualaikum warahmatullah .. hah ! rasa macam dah lama tak update blog .. last update masa tahun lepas bulan november ..
Lama jugak kan ? hm , maklum lah , sejak naik ke Form 3 nie kerja sekolah bertimbun timbunn .. so , tak dapat lah nak update blogg .. korang sehat ? hope sihat walafiat dan di rahmati Allah :)
result PMR , oke ? mesti ada yang dapat straight's A kan ? alhamdulillah , rezeki tuhan bagi ..
result SMA oke ? ada dapat MUMTAZ SUFI ? mesti ada jugakk . yang dapat result cemerlang tu , mabruk alaik lahh .. terus kan berusaha .. yang tak berjaya , jangan rasa rendah diri , usaha kayy !?
oke , sampai sini saje lah pertanyaan dari akuu ..
nie nak cerita satu kisah , best tau cerita nie .. yang dah tahu , tahu kan lagi ..
yang belum tahu tu , bacalahh yekk :)
KHALID AL WALID R.A ( PEDANG ALLAH )
Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'
Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.
Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.
Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.
George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"
Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"
George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW ..
gambaran peperangan khalid al walid ..
sekian cerita and kisah dari saya .. :)
Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam :(
Thursday 28 November 2013 @ 17:04 | 0 Comment [s]
sebelum itu , saya nak minta maaf pada ibu bapa , keluarga , dan sahabat sahabat arwah ahmad ammar kerana ada gambar atau perkara yang berkaitan yang saya ambil untuk diletakkan di dalam entry kali ini . izinkan saya ambil dan mohon dihalalkan .. Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar
Gambar Ahmad Ammar Dalam Kenangan
keluarga ahmad ammar , adik beradik .
sampai sini je lahh , saya menceritakan kisah hidup Ahmad Ammar . semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman . Al Fatihah .. :'(
Assalamualaikum .
Maaf jika ada kesalahan dan kesilapan :)
Hello November ?
Tuesday 26 November 2013 @ 22:12 | 0 Comment [s]
Hai , assalamualaikum . hmm , macam dah lama aku tak update blog kan ? maklum lahh , buzyy . erkk . hahaha . korang sehat ? alhamdulillah . cuti sekolah dah mula kan ? dah 2 minggu dahh . korang tak pergi mana mana ? harap harap pergi la jalan yekk :3 .Aku dah tak tahu nak cerita ape , just nak bagi tahu HAPPY HOLIDAY ..
okey , and pesanan dari aku . kalau nak balik kampung ke jalan jalan ke pergi mana mana je lahh . ingat orang tersayang semasa memanduuu . cehh ! yang boleh memandu . yang tak boleh jangan perasann .
k bye , assalamualaikum . see youu soon !
Hari Konvokesyen My Sister !
Friday 15 November 2013 @ 05:29 | 0 Comment [s]
Hye korang , eh macam dah lama pula aku tak update blog . ye ye jee . sebenarnya aku nak update pasal cerita akak aku konvokesyen . eh aku pula yang over . bukan aku yang ambil pun . tak kesah lah . hmm . korang sehat kan ? al maklum lah cuti sekolah dah mula . mesti banyak plan nak pergi jenjalan kan ? hmm tau dahh . aku ? entah lah . not sure lah . dah lah . kalau aku cerita sampai esok tak habes .
me , mother and sister .. banyak sangat akak aku dapat bunga sampai tak terpegang . aku nak pegang tak bagi pula :P .. ramai sangat peminat !
me and sister . aku nak ambil gambar dengan dia nie pun buka main liat lagi . tahu lahh ramai peminat . untung lee . akhirnya , dapat jugak aku pegang bunga nyaa . hahaha .. Nampak tak kecomelan aku di situ ? erkk . perasan je aku nie ><
and last , akak aku punya bunquet .. eh betul ke aku eja ? tak kesah lah . banyak tuu ~
*dari kiri , bunga daripada kawan akak aku , seterusnya bunga daripada my mother and last , bunga daripada ehem ehem ..
okey , dah habes . sampai sini je lah . asalamualaikum :)
3 Orang Gadis ~
Saturday 9 November 2013 @ 05:51 | 0 Comment [s]
Ping ping , tumpang lalu , sana sana ! yang perempuan mari dekat . Yang lelaki pergi sana bukan muhrimm :P hahah xD *joking ..
Asalamualaikum . hai , okey malam nie aku nak cerita pasal member sekolah aku . tak tahu nak story ape , so cerita lah pasal nie .eh , kejap kejap . nothing lah . hehehe . mula mula nak cerita pasal siapa hah ? hah ! Jeng jeng jenggg ~
nama diberi Fatin Farzana . a.k.a FAFAU . gitu gitu Fafau #HotFM tuu ~ dia nie gila gila kat kelas . eh betul ke ? aku tak tahu sebab tak sama kelass =D .. opss lupa , dia yang pegang TOPI tu . atlet dari melakaa . wuu ~
second story ,
si diaa , Nurul Fatihah ~ dia nie pengawas sekolah taw . garang ? boleh lah boleh lahh . dia nie sporting , baik , hah baik ? hohohoho . and tak lupa , dia budak hostel . dia ajk makanan ! hahaha xD . tak taw sangat pasal diaa ~
last story ,
nie diaa , tu diaa . siape nie siape nie ? ohh nie anak pak cik maliki , namanya Umie Atiqa .
sedap tak nama dia ? macam lagu nasyid tu , umie , umie ~ hahaha xD dia nie pengawas sekolah jugak . garang ? aku tak nampak pulak .dia baik ? boleh lah boleh lah ~
okey , tamat . habes dah cerita aku malam nie . al kisahh . nak jugak aku cerita korang dalam blog aku ? IM twitter . dekat tagBoard aku :P :3 ... bye , tata ! muahahahaha :*
Story About My Cousin !
Thursday 7 November 2013 @ 22:54 | 0 Comment [s]
Hai korang ! sehat ? hope sehat walafiat okey ? okey hari nie aku nak cerita pasal my cousin aku ! memang awesome arh . sebelum tu , hari nie hari jumaat kan ? hari segala penghulu kan ? 4 Muharam 1435 Hijrah .. okey full stop . cerita nie sebenarnya dah lama , tapi tak lah lama sangat . cerita nie baru aku dapat tahu . pergghh sakit jugak hati aku niee . tapi tak ape lahh . redha jee . acehh !
cousin aku bergambar dengan #AimanHakim ? arghhh ! jeles k jelesss ! time nie cousin aku ade kat jomheboh mitc ~ untung lahh kak .. !
ni ade lagi satu . eh berape banyak cousin aku ambil gambar dengan artis nie ? aku ambil 2 jee . tu pun nak ambil gambar nie bukan maen kasii lagi . ni ade lgy satu gambar . cer tengok bawah tuhh !
siapa nie , siapa nie ? ohhh . jap jap aku lupe name dy nie ..
hah dah ingat , Aidil Aziz kan ? hm ape ape je lahh . yang nie aku tak jeles , yang tadi tu , jeles giler giler arh!
tapi sabar jee !
dah lah , lagi aku cerita lagi sakit hati aku tengok gambar tu ! hahhahah *Joking kayy .
okey bye , asalamualaikum .
|
Princess !
Tagboard :)
http://twitter.com/Sakinahhh_P Round of applause :)
Background : Nasthasa Header : Adla Edit by : You :) |